Result upu dah keluar.
Aku pulak teruja nak tahu mereka ni dapat apa. Haha. Maybe sebab aku memang
rapat dgn batch bawah aku kat sekolah dulu :)
Then ramai yang Tanya
pasal upu, pasal uia and pasal rayuan. Tanya kat twitter paling banyak. Mmg
leceh lah nak explain dengan limit word macam tu. So terhasilah entry ni :)
Teringat setahun lalu
when aku tak dapat tawaran UPU pada mulanya. On Friday 6 may 2011. Ingat lagi tarikh
tu. Kawan kawan sangat ramai yg dapat even result aku lebih A dari mereka.
Kenapa? Kenapa? Life getting miserable on that time. Menangis tak berhenti.
Macam end of the world tak dapat UPU. haha. Aku dapat je matrix. Tapi tak berminat.
Takde dalam kepala, benak sanubari langsung utk accept matrix. Then, on that
day, I went to Bangkok utk teman kakak aku ke extravaganza herbalife. Thanx
sis, sebab pergi sana dapat melupakan seketika tentang upu tu. After that,
boleh baca entry ni :)
Tak dapat UPU
Ada tak yg rasa macam
saya, tak dapat upu and sangat sedih ?
After balek dari
Bangkok, event herbalife yg sangat amazing tu, yg akan aku pergi lagi next week kat singapore ! hehe *excited jap*. Aku and mak cuba check
balek why I didn’t get the offer. Bila dikaji, pergi ke kementerian pengajian
tinggi, ada kawan mak kerja kat situ. Ktorang sit down and kira mata merit yg
aku dapat. Mata merit okay je but ramai lagi higher and kos2 yg aku mintak
semua yg kos hot ramai nak masuk. aku mohon semua ASASI UIA, USIM, UM. Ketiga
tiga uni yg top scorer je boleh masuk. Lagi2 perempuan, mmg berlambaklah
straight A’s. diploma mmg not in my target. So tak letak pon kat UPU. Pergi
kementerian pada mulanya nak buat rayuan tapi akhirnya tak boleh pon sbb
kementerian still follow the system. Ikut merit. Tahu tak kira merit ni ? cubalah
cari kat mana2 laman web. Sc stream ngn art, account mmg lain perkiraannya.
Budak sc mmg lagi susah sbb core subjeknya subjek sc. So kalau subjek sc tak A,
mcm aku semua subjek sc B, mmg merendahkan merit eventhough byk A+ sekali pon.
Sbb dia utamakan yg core subjek.
Then kawan aku, wanna
thanx here to akmal juhanuddin bagi aku cara utk pergi merayu kat UIA sendiri
and buat surat. Still ikut procedure rayuan on9 and effort tambahan pergi ke
UIA buat rayuan. Act aku hantar surat rayuan tu agak lmbt. Just hantar je pulak
tu, tak dapat nk jumpa dean. So I don’t know aku masuk UIA mmg sbb ikut system
ke sbb surat rayuan. Hehe. Dah lepas dah pon. Tak kesah dah. Alhamdulillah I
manage to get kos yg aku nak dari first pilihan upu, ke rayuan upu, still first
choice economics and managements sciences. Love to be here in Gombak campus :)
so yang tak dapat UPU tu
usaha lah pelbagai arah untuk dapatkan jugak kalau nak lah.
Banyak je tempat lain
yang bagus mcm form 6, diploma, matrix, maktab ke mana2. Pilih lah. Kalau akak,
pilihan akak ada dua je, asasi dengan form 6. Alhamdulillah dapat asasi uia
even 2nd intake pon.
Papepon istikharah lah.
Ingat lagi kawan2 keep on giving me motivation jgn down bila tak dpt UPU tu.
And misyer texted me and said “skin, buat solat hajat 12 rakaat, semoga
dipermudahkan”
Alhamdulillah after that
dapat uia, mengalir air mata serentak jugak dgn dapat lesen kereta yg asyik
gagal tu. Haha.
Mungkin ada yg pening2 lagi pasal asasi, degree, diploma bla bla
Asasi/foundation : satu
atau 2 tahun pembelajaran. Jalan untuk ke degree. Wajib sambung degree sbb
takde sijil sah pon “saya dah graduate asasi” takde k takde.
Matrix : dah tahu kot.
Setahun punya stdy. Lebeh krg mcm asasi je. Lepas tu sambung diploma atau
degree. Beza nya nnt kene lalui UPU lagi utk ke degree. Kalau asasi dah konfem
dah university mana Cuma kene score jugaklah. Kalau tidak, babai.
Diploma : 3 tahun. Boleh
berhenti belajar and terus kerja, atau pon sambung degree. Diploma jugak ada yg
fast track setahun lebeh.
Degree : after asasi,
matrix, diploma. Baru ambil degree
Nak tukar kos !
For them yang nak tukar
kos, try lah mintak awal2. Jangan tunggu dah habis sem baru nak tukar mcm
merangkak2 je nanti. Tp ada je kat uia ni tukar lambat. Mereka still nampk
hebat. Usaha kene kuatlah :) kalau usim, kalau tak salah, memang ada satu masa
nnt ada boleh tukar2 kos after yg stret2 A tu dapat oversea. Kalau UIA, mmg
kene jumpa dean buat rayuan.
Nak tukar university !
Ada sorang kawan yg
resultnya 10A 1B tapi dpt diploma. Pelekkan ? then buat rayuan ke uia nak tukar
from uitm ke uia. Result dia mmg bagos, so boleh lah dapat. Kalau result tak
seberapa pastu nk ngade2 tukar ke uni yg lebeh bgos, susahlah.
Untuk yang dapat UIA :
Please please jangan
ambil remeh dengan exam arab and English yg akan diambil time taaruf week tu
nanti. Nanti nak dekat masuk nanti mesti ramai berkomplot sama sama utk tak
prepare. Mcm kitorang dulu. Sampai time exam je ternganga nk jawab. Haha.
Apa itu EPT and APT ?
EPT tu exam English. APT
tu arab.
Kedua dua exam ni
menentukan berapa panjang asasi. Asasi uni lain semua setahun. UIA 2 tahun
dulu. Tp sekarang dah ada exam utk tentukan berapa lama kita di asasi. Ada yg
stahun, setahun setengah and dua tahun.
Utk subjek English nanti
ada level 3, 4, 5, 6 and examted. Semua orang nak examted. Supaya exit, and tak
perlu lagi ambil English. Tapi bukan senang nk examted. Penting jugak exam ni
bukan setakat menentukan panjang asasi, tp credit hour dalam seminggu. Contoh :
Saya asasi setahun setengah
econs.
time sem 1, English
level 4.
16 jam seminggu. Total
bersama subjek lain 29 jam seminggu. Sangat full dgn kelas.
Next sem nya dapat skip
ke level 6.
9 jam seminggu. Total
bersama subjek lain 27 jam.
Sangat pack dengan
assignments.
(yang atas ni setiap kos
lain lain ye. Tak fix)
Actually sangat best
ambil subjek English. Haha. Sebab rasanya belajar English kat UIA mmg boleh
nmpk a lot of improvements. Lagi lagi time 16 jam tu. And actually kat sem 1
sepatutnya dah target examted English. So next sem akan kurang credit hour,
boleh tumpu kat core subjek. Tak payah lagi ambil English next semnya.
Untuk arab.
Yg takde basic tu, selamat tinggal lah sbb
mang kene start dr level 1. Hehe.
Yang ada basic, please
jgn tunjuk bagos dengan mengosongkan paper taknak try jawab. Exam tu susahlah
jugak, tp just isi je pape. Sbb arab
bukan mcm English boleh skip2 level dalam semester nnt. Arab mmg kene ikut step
by step. So yg ada basic even just smpai form 3 je, buat je betul2. Kalau tak
nanti tak syok lah asasi 2 tahun. Lama k lama.
Asasi uia
Semua kat PJ. Nilai dah
tutup. ECONS je kat Gombak ! hewhew.
Yang dapat ekonomi dan sains pengurusan UIA
sama macam kos akak sekarang. ramai tanya belajar ekonomi ke ? accounting mcm mana?
asasi kan, so asas asas nya lah. core subjek akan di ambil, maths 1, maths 2, accounting 1, accounting 2, ekonomi, business, statistics. degree nanti barulah hala ke accounting or islamic banking or business ke.. faham ? :)
kat gombak taw. gombak. huhu.
Biasiswa
Semua university asasi
and matrix nnt dapat elaun. Semua dapat. Biasiswa lain kene lah mohon. Dah
tutup kot eh? Pasal biasiswa mmg sgt tidak berpengalaman. Boleh Tanya orang
lain.
Oversea
When result keluar nnt,
sure dilemma gila. Istikharah istkharah. Yang ni boleh Tanya yg dah pergi
oversea. Mereka lebih tahu.
Apapon situasi anda
sekarang, dimana pon tahap anda, teruk mana pon dilemma yg dirasai, turn back
to Allah. Semua ada hikmah. Ada sampai masanya apa yg kita nak, kita tak dapat,
tapi Allah gantikan dengan something yg lebih baik. Aturan Allah tu sangat
indah.
yang nak menukar nukar tu, make a decision and work for it. jangan pening kepala byk fikir tp satu keputusan pon tak capai k. :)
University mana pon kita
belajar, tinggi mana pon pencapaian kita, tapi kalau diri ni taknak berubah, u
won’t get anything. Meaningless. Trust me. Hidup bukan sekadar di university
sahaja, tapi kehidupan kita lepas tu yang mencabar. Adakah hanya ingin jadi
normal person or extraordinary person. Think about it back. Hidup bukan sekadar
hidup berkawan. Itu kehidupan di sekolah. Life is getting serious when u reach
18. Serious for those who think BIG about their future at the early age. Jangan
berfikir seperti kanak kanak lagi.
That’s all from me an
econs student of CFSIIUM and personal wellness coach in herbalife.
I love both :’)
Pstttt
: yg masuk Gombak tu, see ya ! welcome to Gombak. insyaAllah :)