Atas pemintaan ramai insyaAllah I will share about our vacation to Penang.
Actually dah plan to go somewhere since a year ago. Macam biasa bila sembang dalam group tu mmg semua tempat keluar. Sydney, Melbourne, Lombok, Bali, Pulau Perhentian, Krabi and the list goes on. Tapi tak ke mana pun. That’s what we called SEMBANGGGG. Hahaha.
Until air asia buat promo free seats bulan 3 2015 (mcm apa yg berlaku sekarang. Cpt grab! Tp kene pandai pilih. ) then time tu mcm biasa masing2 pun duit tarak sangat soo grab apa yg paling murah hahaha. Nak pergi luar Negara tp risiko kawan kawan yg mintak permission parent ni takut susah nak lepas. So for first trip buat dekat dekat dulu. Dan at that time aku teringin sangat nak pergi escape penang. Member member nak food hunting penang. So here we go PENANG!
FLIGHT TICKET
Masing masing tengok academic calender, gamble and pick tarikh yg masing2 free. Kami beli 7 tickets flight.
Free seat with tax rm9 each. (so not really free lah kann) So return rm18.
Kami tambah luggage 20kg(rm35 kot) utk time balek. Pergi takde luggage. Bahagi 7 orang.
So FLIGHT TICKET RM23/seorang return sepatutnya. Tapi kami bayar lebih sbb TERpilih seats. Tak tahu time tu pilih seat tu tak wajib hahaha.
Kalau RM23+- pergi balek, compared to yg lain, ni lah cara yg paling murah from KL to Penang.
Then at last only 4 ppl confirm utk pergi. Sya, Syira, Pipah, and me. Mula mula nak cancel dah sebab kuciwa and rasa tak best ada yg takde tp demi escape penang kami gagahkan juga hahaha.
HOTEL
Banyakkk hotel murahh dekat Georgetown. Cuma hotel jenis apa yg nak dicari. Kami mencari yg dekat dgn centre Georgetown, nak yg murahhh tapi taknak double decker sbb nak pillow talk :p dan cari yg worth the money. Taknak yg murah tp duduk 3 malam stress sbb hotel tak selesa. Tak kisah tandas share or private tp mesti well functioning and separate laki prmpn. Dan bilik tu ada ruang utk letak barang and solat sbb ada bilik yg kecik hanya muat katil je.
Kami booked sebulan sebelum pergi. Process cari hotel tu lama sbb baca review lagi, compared dgn semua apps hotel yg ada. Hotels, agoda, booking.com, trip advisor, blog review, intagram post. Pipah and I are the AJK hotel.
Antara shortlist kami,
Hotel syiok at Chulia
Cozy Home Inn
Chulia Heritage
D Mo Inn
Homoni Home
118 Hotel
SO Hotel
Red Inn Heritage
Malabar Inn
Little India heritage Villa
Wassap Youth Hotel
Dan dari list banyak banyak tu. Ada 2 yg sesuai dgn kreteria yg kami mahu iaitu 118 hotel and Malabar Inn hotel. And compare kat semua apps, guna Hotels apps paling murah utk dua hotel ni. Tapi mcm tak puas hati sikit sbb takde description ada iron ke tak hahahaha. Prempuan will always be perempuan. So I decided to call and ask the details. RUPANYA BILA CALL HARGA LAGI MURAH. Murah dlm rm5 jelah tp hahaha.
Then kami pilih MALABAR INN HOTEL at Lebuh Citra
Triple room. 1 single, 1 queen. Tapi kongsi 4 org haha. So sorang bayar rm82 utk 3 malam. So sorang dlm rm27 je utk satu malam.
Ada yg lagi murah hotel rm66 sorang utk 3 malam. Tp review tak best. Tp mostly range rm90-rm100 (per person for 3 nights) utk yg murah and selesa. So Malabar is the best at that time dalam pilihan yg aku buat. Tapi cuak gak, harap harap lahh betul as org rating tuu. kalau korang jenis tak kisah, boleh je cari lagi murah.
I booked by call je direct ke hotel. Tak guna apa apa apps sbb dpt lagi murah sikit.
DAY 1 RABU
DAY 1 RABU
Flight pukul 7.10am
Sya from Nilai direct ke KLIA2. Syira and pipah overnight rumah aku kat bangi. 4.45am gerak ke ERL Putrajaya. Naik ERL ke KLIA2. 10 mins tunggu train then dalam 20mins perjalanan, sampai KLIA2 pukul 5.40am.
ERL Putrajaya-KLIA2 = RM6
I already web check in utk semua. So sampai terus carik surau solat subuh. Just nice waktu kami tapi Sya pulak sampai lmbt. Tunggu dia sbb boarding pass dia pada aku. 6.30 baru Sya sampai. (aku selaku yg uruskan bahagian flight dah bebel2 sampai lmbt sgt sbb KLIA2 bukan nya kecik jauhh kene berjalan. Dan dijadikan cerita flight kami punya gate paling hujungggggg dunia. Kami sampai je kat gate dah FINAL CALL! 6.50am time tu.
DANNNN nak masuk flight tu IC Syira hilang! DENGGG. Mmg double bebel. Sya kene tahan telinga. Hahahaha. We were the last group yg flight tu tunggu dan IC pulak hilang. Syira lari balik check kat imigeresen. Sbb sblm imigeresen tu IC still ada. Panic. Sumpah panic sbb dah 7.00am. 7.03am kelibat syira pun tak nampak. Dia pulak takde henset sbb henset dia rosak. Then Alhamdulillah 7.05 syira sampai bersama IC. Selamat. Sekian masuk flight.
PENGAJARAN. Selagi boleh tak last minit, sampai lahh awal. Even hanya domestic flight. Jgn ambil ringan. Anything can happen. Kalau ada emergency berlaku atleast sempat lagi. Kalau lmbt mmg semua babai lah. (mcm ni lahh aku bebel kat sya time tu hahaha :p)
8.10am touch down Penang.
Amik segala map yg ada kat airport penang. Carik bus.
Airport terletak di Bayan lepas which is agak selatan Pulau Pinang. We already plan utk pergi Snake temple. Kenapa pergi temple? Sbb kami bawak budak ID(interior design) si pipah. So harus pergi tempat tempat architecture nii. Ambil bus rapid 401E RM1.40. bus pertama tinggal kan kitorang. Kuangjiaqq kan hahaha. So amek bus second after 10mins.
Cari arah tujuan.
Bila sampai Snake Tample tu, rupanya kecikk jee. So tak payah pergi pun takpe hahaha. Tp still lah ada kesenian dia kalau org minat mcm aku ngn pipah still seronok dpt ambil gambar. Stay situ 5min je terus tunggu bus balek. Sepatutnya nak pergi war museum. Tp bag kami kendong pun berat. Dan 2 of us bawa beg Tarik agak leceh pergerakan so teruss decide ke hotel kami di Georgetown. Snake Tample – Komtar, Bus yg sama 401E RM2.70. dari komtar ke hotel jalan kaki 7mins. Cari hotel guna peta tp tak berapa jelas then terus google maps.
Dua hari before gerak dah call hotel utk confirmation. Mana taw takut kene tipu ke hotel takde. Sbb pernah jadi kat org lain. Again aku tanya lagi iron ada tak hahahahaha. Dia kata iron takde. Rosak! Aku terus cm, “alaa kalau xde iron I terpaksa tukar hotel lain.” Terus uncle tu kata “okey laa ada ada I beli baru.” Hahhahah. Then dia tanya agak agak sampai pukul berapa. Aku budget sampai pukul 10am. Normally org check in pukul 2 kan. Tapi uncle hotel bg check in pukul 10 nnt dia siapkan bilik awal ! Maybe sbb weekdays pun kan, takde org sgt. Star pertama utk Malabar. Tak payah angkut beg berat beratt. Alhamdulillah.
10am sampai hotel. Check in. time check in yg masuk kat kaunter hotel 3 org je. Sorang tunggu luar hahaha takut dia tak bg. Dah la book triple je kan. Terus bayar full and uncle tu terus ambil map tanpa kami suruh dan tanya. Dia terus tunjuk tarikan tarikan kat Georgetown where we need to go. Which bus we need to take. Kat mana tempat makan best semua dia tunjuk dlm map. Bestkan? Pastu dia bg iron baruuu dlm kotak tak bukak lagiiii. Baik betul uncle tuuu. *nangis* Star kedua utk Malabar.
sorry gambar bilik not in my phone.
Hiasan hotel tu biasa je. Sbb byk hotel budget yg lg hipster hiasan dia. Kalau nk hipster, korang cariklah hotel lain. Haha. Aku lebih mementingkan keadaan bilik. Bilik dia as in the picture aku tgk kat apps hotels. Ada ruang utk solat. Private bathroom, ada heater, ada hair dryer, ada air coway kt lobby. Very humble room tak cantik, tak grand pun tapi yg penting BERSIH, TAK BUSUK, TANDAS WELL FUNCTIONING, ADA RUANG BOLEH LETAK BARANG, TAK BISING. Star ketiga utk Malabar. Cuma satu je, air cond dia lambat sikit sejuk. Tp still sejuk bila dah lama sikit.
Last day, kami dibenarkan check out pukul 2ptg. Normally 12pm kan. Sbb takde org lepas kami mungkin. Yeay! Star ke empat utk Malabar.
Dannn. Boarding pass utk balik KL basahhh terkoyak kene air. Cari CyberCafe tak jumpa2 last choice sblm check out, mintak tlg uncle hotel. Uncle hotel layankan je kami. Siap bg guna computer dia. *nangis lagi* lagi separuh bintang utk malabar.
So Malabar Inn mmg worth the money. Don’t expect too much sbb hotel murah, tp selesa. Alhamdulillah. 4.5/5 sis bagi (:
Sambung DAY 1, 11pagi.
LAPAR. Sya selaku AJK food hunting dah buat list nak makan kt mana. Sgt memudahkan perjalanan. Semua dah well prepared checklist. Sbbkn dah lapar gila, last mkn pukul 5 pagi, carik yg dekat dgn hotel, we choose HAMEEDIYAH restaurant. Dekat dgn lebuh citra dan jalan penang. Dekat dgn mydin jalan penang. Nasi briyani dia sedapp gilaaaa. Kari dia sedap. Ayam bawang dia sedap. Ayam madu dia biasa je. Restaurant bersih! (jarang jumpa restaurant mamak bersih haha) range rm8.50-rm11.50 (ayam dan nasi penuh pinggan). 4.5/5 sis bagi.
Then STREET ART.
Yg ni tang yg penat. Tengahari buta tp jerebu so redup sikit. Cari semua check point serata Lebuh Chulia. Ada dekat, ada jauh. Yg ni AJK dia akak ID kita pipah. Pipah guide kat mana nak carik semua point street art. We found almost all. Bergambar sakans. Semua jalan kaki je. Org semua kata best kalau naik basikal. Tp kami reserve duit utk mknn lol dan 2 of us tak reti bawak basikal so kami yg reti ni tak kuasa nak carry org di tengahari yg terik hahah. So tak jadi book basikal. Hahah. Basikal Rm10 utk 8am-8pm.
Kami jugak singgah sini. sgt creative tempat dia. tapi kami tak naik sbb kene bayar rm10. so jalan jalan kat bawah je ambil2 ambil gambar.
Then lalu MASJID KAPITAN KELING. Cantikk. Singgah solat jama’ qasar. Doa org musafir makbul bape kali sya igtkan, so doa lebih sikit. Ececey.
Dah berjalan, so hausss. Nak cendol T_T tp cendol yg femes bukan area tu. Jalan punya jalan sambal cari baki art street, jumpa ABC osem ngn ice kepal giant!
ABC rm5 siap ada buah buah keliling. Ice kepal rm4. Ada ice cream durian dlm dia nyumss.
Sedap biasa je. Tp boleh tahan ah bila panas panas nii. Presentation dia cantik. 3.8/5 sis bg.
yes baby. that biggg.
4.00PM. Kat Georgetown ambil CAT bus. Iaitu bus free yg bg service utk dlm Georgetown. We took CAT bus and went to PADANG KOTA LAMA. Misi mencari MEE SOTONG!
Sampai je esplanade padang kota lama tu, beratuq bak angg gerai mee sotong tu. Tunggu 15mins then makanan sampai. Sedap! gambar lupa nak ambil sbb dapat terus ngappp. hahaha. 4.5/5 sis bagi.
Sebelah esplanade tu fort cornwallis. Sebenarnya teringin nak masuk sbb ada kenangan belajar sejarah dulu haha and igtkan rm2. Rupanya rm10. Eh ke rm7? Lupa dah. So kami batalkan hasrat. Bergambar kat luar je. Dan sambung berjalan tepi laut yg takde pantai. Ada tembok. Jalan jalan di pdg kota lama for around 30mins.
7.00pm. Nmpk bus dari jauh lariii kejar bus and terlepas bus. Okey takpe, singgah 7eleven beli roti utk breakfast keesokan harinya sbb nak gerak penang hill right after subuh. Tgh beli kat 7eleven, kami nampak CAT Bus lg! Berlariiii keluar dr 7eleven mcm pencuri(tp dah byr) kejar bus. Hahaha. Again terlepas! Tunggu dekat bustop sambal sembang sembang. Sekali CAT bus lalu tp tak berhenti. Kuangjiaqq! Hahaha. Mmg byk moment tak enak dgn bas pheww.
tepi laut with tembok
bebudak gaduh sampai terbang :p
8.00pm sampai hotel semula. Mmg decide tiada activity malam sbb esoknya nak bangun awal. Time tu pun dah penat berjalan je banyak and berjaga dari pagi. Aku pukul 10.30pm dah tidur hahah. Yg lain dorang tgk TV sampai pukul 12 kot.
DAY 2. KHAMIS.
4.30 pagi aku terjaga bangun bersiap utk ke penang hill. Alhamdulillah tidur nyenyak. Iolss selaku AJK kejut bangun pagi, jadi org paling annoying antara mereka kejut mereka bangun haha.
Kenapa nak pergi penang hill awal?
1st sebab nak rasa kabus kabus. As hiker mmg suka tgk sunrise. Sebenarnya nak hiking, taknak naik train, tp disebabkan kami naik public, takde bus awal pagi before 5am, so kami batalkan hasrat.
2nd sebab kalau naik train penang hill sblm pukul 9am, harga dia murah only rm3. Kalau tak, rm5 utk student price. And rm10 utk warga biasa.
6.30 baru dpt gerak dari hotel ke komtar 7mins walking distance.
Ambil bus rapid 204 di komtar ke penang hill. Rm2.70.
PENANG HILL
7.30am. Naik train RM3, awesome experience naik train baru tu tp sekejap sgt sbb dia laju and tak slow macam gerabak dulu. Unfortunately that day jerebu sgt terukk. Matahari pun samar2. View satu pun tak nampak. So agak kecewa. We went to love lock ambil gambar. Kami tak lock satu mangga pun sebenarnya. Masing2 forever alone hahahahaa.
9am turun beli kuih utk breakfast. Rm2 sorang.
HOP ON HOP OFF BUS
Sya teringin nak naik bus tu. Tapi bila kami dengar rm20. Terus batalkan hasrat. Then habis penang hill tu nampak bus hophop tu saje gatal2 si pipah selaku AJK bus pergi tanya direct. Rupanya student price rm12 per person utk one day. Bukan sekali naik je. Kami fikir lama jgk sampai lah bus tu dah nak gerak kami terus decide naik. Sbb bila fikir akan spend around rm10 jgk utk bus for that day only sbb nak pergi byk tempat. Masing2 first time rasa bus terbukak kat atas tu so excited sgt haha. So kami boleh naik bus tu dari 10pg until 10 pg next day tak kira berapa ride or distance.
KEK LOK SI TEMPLE
Tempat ni 5mins naik bus dari penang hill. Memula taknak pergi sbb takut cm kecik je. Sekali dr jauh nampak temple tu besaaarr gilaa. So terus rasa nak pergi. Dekat situ banyak kedai souvenir murah murah sepanjang tangga nak naik temple tu. Tempat tu agak tinggi. Sya and syira dah give up sbb mmg panas gila berpeluh mcm apa. Aku and pipah gagahkan naik atas demi gambar. Architecture dia cantikkk.
11.00am
Naik hophop semula. Back to Georgetown sbb aku dah lapar hahaha. Kami turun dekat station bus pasar chowrasta, heading to LINE CLEAR restaurant. Berdekatan lebuh Campbell. Ayam semua jenis harga flat rate rm5.50. nasi briyani rm3. Nasi putih rm1 mcm biasa. So masing masing rm8.50 utk lunch. Agak murah. Briyani dia ok sedap. Tp hameediyah lg sedap haha. Ayam madu dia line clear lg sdp. Line clear ni dekat lorong kecil. So kebersihan dia kureng sikit. 4/5 sis bagi.
12.30 back to hotel qoilullah(tidoq) 30mins sbb penat and panas. Solat jama’ taqdim. Pukul 2.30 keluar semula.
Misi mencari TEO CHEW CENDOL !
10mins walking distance from hotel to penang road berdekatan dgn lebuh kangsar. Time ni guna google maps. Tmpt tu ada dlm gugel. Teo chew cendol ni dekat lorong. Bukan kedai. Org beraturr pnjggg tp sekejap je tunggu dia buat, ada yg makan berdiri cendol dia. Kami mcm tak selesa kene berdiri. Rupanya ada kedai kat belakang sikit boleh duduk.
Sedap! Aku tak makan kacang merah, aku tak makan cendol sbrnya, tp this cendol buat aku suka cendol tetiba hahaha. Kacang merah dia sedap sbb manis. 4.5/5 sis bagi.
belah kiri tu stall dia. dah kurang sikit org beratur time ni.
PUSING PENANG 3.30pm
Plan kali ni since dah ada hophop bus tu, kami manfaatkan sepenuhnya utk pusing satu penang. Ambil bus hophop (beach bus) di pasar chowrasta. Ada 2 bus hophop. Satu CITY and satu lagi BEACH. City kami dah pusing so amik bus beach akan lalu along batu feringgi beach ke teluk bahang. Masing masing dah ada cap so mcm tak kisah berjemur atas bus. Seronok! Rasa angin pantai even still jerebu.
MENCARI PASEMBOQ DAN CHAR KUEY TEOW DI GURNEY DRIVE. 6.00pm
Perjalanan pulang dari batu feringgi akan lalu gurney drive. Dekat gurney drive hawker centre tu ada pasembor popular gerai no 9. Aku tak makan pasemboq sgt. Tp sbb dah beli, aku makan je. And sedap je rupanya hahah. Aku tak tahu nak bg rating sbb tak pernah mkn yg lain. Tp sedaplah bg aku. Satu pinggan tu RM12. Bahagi 4 org. sorang RM3. Rating 4/5 sis bagi.
Char kuey teow bob yg kami cari tp rupanya salah alamat. Bukan kat gurney drive tp gelugor. Gelugor mmg not in our plan sbb jauh sikit. So kami beli je char kuey teow apa yg ada. Tp sya je yg beli, beli sepinggan je utk rasa. Rm5 sepinggan. Boleh tahan rasanya. Sedap je Cuma hasil galian tak byk haha. 3.5/5 sis bagi.
Sebelah tu ada gurney drive shopping mall Singgah situ carik ATM dan guardian. Depan mall tu tempat tunggu bus utk pulang ke hotel.
pasemboq bak angg.char kuey teow.
7.00pm tunggu bus utk pulang. 7.30pm baru bus sampai.
8.00pm. Dan macam biasa, aku dah laparr. Lapar je kerja hahah. Sebenarnya teringin roti naan. Singgah restaurant sblh line clear. RESTAURANT YASMEEN. Kami ambil lain lain menu.
Me roti naan cheese rm3.50
Pipah roti naan garlic cheese rm4.50
Sya roti canai pisang rm2.50 kot
Syira tosei pisang rm2.50 kot
Semua sedap dan mengenyangkan. Cuma aku pernah jumpa naan lagi sedap kat KL. Kari and dal dia okey. Tosei and roti pisang dia sedapp. 4/5 sis bagi.
8.30pm jalan kaki back to hotel. And berehat. Esoknya nak ke escape penang. Benda yg paling kami tunggu tunggu2. Escape penang buka pukul 9am. So mmg budget nak sampai awal sbb taknak que rebut2 dgn org lain.
DAY 3. JUMAAT.
Bangun 5pagi. Gerak keluar hotel 7pagi. Sya and pipah singgah 7eleven cari roti utk sarapan. Aku dah minum shake Herbalife Alhamdulillah sng kerja setiap pagi dan bg cukup nutrition :D aku ngn syira pergi carik pisang kat pasar chowrasta.
7.30 pagi dapat bus rapid 101 atau 102 yg menghala ke teluk bahang utk ke Escape.. Harga rm2.70. kalau naik rapid ke escape penang, nnt sampai escape penang boleh claim ticket bus. So free sahaja.
pasar pagi di Chowrasta
ESCAPE PENANG
8.30 pagi sampai. Tempat tu belum bukak. Lepak kejap makan pisang. Makan roti. Carik tandas and pergi registration kaunter. Kami dah book online a week before ke penang.
Harga rm61.50 (weekdays) (beli online)
Rm 68.50 (weekends) (beli online)
Kalau beli on the spot lagi mahal. Rm71 kalau tak silap.
http://www.escape.my/ link escape.
http://www.escape.my/ link escape.
Kene topup wristband minimum rm 30 per group utk locker and beli mknn. Kalau lebih boleh redeem. Locker rm9. Kami ambil satu locker sumbat 4 bag.
Satu benda yg tak best yg merosakkan mood aku. Tak boleh bawak air dan makanan ke dalam. Tak boleh bawak mknn takpe, kita faham mungkin sbb kebersihan. Tapi tak boleh bawak air tu mmg aku cm pfftt. T_T benda ni benda lasak. Common lahh ppl need water wehh. Dia nak laku kan kedai dia dalam tu. Air mineral 1.5litre brand Dasani tu rm4.30! mahal. Dah lah haus gilaaa. Agak agak lahh. Sobs.
Okey now time to play. We are lucky number one yg start main. Kami start dgn Monkey business. Excited bak angg. Haha. Monkey business ni phone, go pro, jam segala bagai semua tak boleh bawak. Hilang excited aku. Hahaha.
And org yg jaga monkey business tu muka ketat and garang.
Dia ckp “sy dah gantung kat sana tu, pakai je jgn ubah2 kedudukan dia” *nada mengarah yg kerek*
Dia telah menjadi kan first impression utk the whole escape tu tak best.
Kami direct tegur. “akak jgn la garang sgt, kami mana tahu mcm mana nak pakai benda2 ni” *nada kanak kanak* “akak expect apa, org dtg sini semua dah tahu pakai ke” *nada sindir*
Then baru akak tu tunjukkan betul2.
Mostly tukang jaga escape tu foreigners mcm Bangladeshi, Pakistani . Mcm tak best sgt sbb kita tak paham arahan dia apa. Ada lah few org melayu yg jaga permainan tradisional. Yg melayu ni semua sporting kecuali akak sorang tadi tu.
Ya dgn bayaran yg anda bayar tadi, boleh main semuaaa. Ada 23 permainan total. 16 utk big kid 13-60tahun). Banyak gila sampai tak terlarat main. Serious. Haha.
1. Monkey business. This game it self dah equal to skytrack shah alam alone. Benda ni ada 3 level. Satu level ada 3 track. Total 9 track. Aku main 3 track je (each level main 1 track) sbb takut tak sempat main game lain. Tu pun dah rasa best gilos. Ada org tu tersangkut kat flying fox and kene rescue ngn abam bangla :p dan aku injured sikit kat muka terlanggar jaring time flying fox. Sakit gila. Dapat souvenir luka kat muka haha.
2. Main guli. Brother2 kat escape tu ajak main. Kalau menang dpt air kelapa free. Malangnya kami kalah. Sobs.
4. Jungle swinger. Ni best haha.
that one the guy yg bebel bebel time aku buat beam balance. hahah. video boleh rujuk my instagram @sakinahridzuan
that one the guy yg bebel bebel time aku buat beam balance. hahah. video boleh rujuk my instagram @sakinahridzuan
8. Atan’s Leap aka bungee jumping tp kaki cecah darat. Best. Tp tak puas sampai iols naik 2 kali. Lol.
9. Flying Kite. Yg ni beratur panjang. Kene tunggu lama sikit. Best gila T_T 2 org akan kayuh sampai kita naik tinggi. 2 org lagi kat atas yg akan swing.
10. Tuber racer. Ni mmg penutup paling syiokk bak angg. Haha. Gelongsor dgn pelampung.
Dah pukul 4.30. kami target nak keluar dr situ pukul 4. Solat rehat then pukul 5.30 baru settle semua.
Ada lagi 5 ke 6 game kami tak main sbb mmg tak minat sgt utk main yg tu and tak cukup masa. Tp korang boleh try nnt okeyyy.
Total duit spent utk makanan dan air dlm escape ni sorang rm9 sbb kami beli mknn and share. Alas perut je sbb mahalsss. Locker rm9 bahagi 4, rm2.25 sorang.
6.00pm BATU FERINGGI
Naik bus yg sama 102 atau 101 rm1.40. Kami tak tahu sebenarnya nak berhenti kat mana. Main tibai je berhenti. Jalan jalan dipersisiran pantai. Sgt menenangkan. Tadabbur alam. Ecey. Target nak buat timelapse sunset. Dapat buat tp tak cantik sgt sbb jerebu still ada. Target nak singgah masjid terapung utk solat maghrib tak kesampaian sbb kami berhenti salah tempat. So kami direct balek ke Georgetown carik makanann laparrr. Ambil bus yg sama 101/102 rm2.70. Sgt senang nak dapat bus kat sini.
8.00pm PADANG KOTA LAMA
Sebab nak makan mee sotong lagi! Tapi mee sotong tutupppp sobsss. Terus ke food court lagi satu yg betul2 tepi laut. Sgt tak best sbb ada sorang waiter ni sgtlah takde manner. Kalau korang perempuan semua, tak payah lah pergi tempat ni :( kitorang mkn laju2 and chow. kami order char kuey teow. Sedap biasa je. Rm8. Mahal. Nak beli air kosong pun takde. Air mineral je jual. So tak berbaloi. Rating 2.5/5 sis bagi.
9.30pm sampai hotel. Naik CAT bus dr pdg kota lama. Free. Kami dah busuk mcm kambing. Mandi rehat.
11.30 mlm. Masing2 dah baring baring. Sekali laparrr. Maklumlah byk guna tenaga hari tu. Hewhew. Dan char kuey teow rm8 tu mcm x best sgt. Jadi semua tarik sweater, pakai tudung keluar pergi LINE CLEAR yg beroperasi 24 hours. Line clear ni 2min walking distance je dr hotel kami. Mlm2 masih ada nasi briyani and roti. Roti naan takde :( so kami masing2 beli roti susu, roti tisu, roti boom, roti apa tah lg satu. Harga standard RM2.00 gitu memasing. rating utk roti roti 3.5/5.
11.30 mlm. Masing2 dah baring baring. Sekali laparrr. Maklumlah byk guna tenaga hari tu. Hewhew. Dan char kuey teow rm8 tu mcm x best sgt. Jadi semua tarik sweater, pakai tudung keluar pergi LINE CLEAR yg beroperasi 24 hours. Line clear ni 2min walking distance je dr hotel kami. Mlm2 masih ada nasi briyani and roti. Roti naan takde :( so kami masing2 beli roti susu, roti tisu, roti boom, roti apa tah lg satu. Harga standard RM2.00 gitu memasing. rating utk roti roti 3.5/5.
DAY 4. Sabtu
9.30am keluar cari breakfast. Misi mencari ROTI CANAI TRANSFER ROAD.
kami google transfer road. Dan finally jumpa gerai tepi jalan yg penuhhh sgt org. 10mins walking distance from hotel. takde sign board pun so we just guess that the one.
Puas hati sbb roti canai rangup. Kari dia lain mcm sikit tp still sedap bagi aku. Bg pipah tak sedap sgt kari dia tp kuah dia habis dulu lolol haha. Rm1.50. Rating 4.2/5 sis bagi.
Satu lagi roti bakar telur separuh masak gedek gedek sexyy. Tu nama kitorang bg sendiri hahaha. Seronok sbb first time makan. Rm3.50. Rating 4/5 sis bagi.
12 tengahari. MENCARI SOUVENIR.
Jeruk pak Ali yg popular. Ada di pasar chowrasta. Kat situ jugak ada jual baju2 I love penang.
Aku just beli jeruk je utk mak. Yg lain aku tak minat. Rm10 3 packet kecil.
1pm. MENCARI LAKSA.
Disebabkan tak jumpa LAKSA JANGGUS kat teluk bahang hari tu. Kami carik jugak laksa lain. Jumpa satu gerai sblh pasar chowrasta. Sedapp sbb ikan dia banyak. Tak cair sgt. Rm3.50 sahaja. Melayu buat. 4/5 sis bagi.
Kami mmg takkan pergi kedai yg non muslim kalau mknn. Rasa was was. Haha. Air(read:cendol dan ais cream) lain cerita sbb nmpk mcm mana dia buat.
Berdekatan dgn tu jugak ada cendol teo chew. Aku teringin lagi. So aku beli kali kedua hekhek.
Laksa penang
beratur panjanggg teo chew cendol.
2pm back to hotel and check out.
Flight ke KL pukul 5.10 ptg. Ambil bus 401E dari pasar chowrasta terus ke airport. Rm3.40
6.10pm touch down KLIA2 alhamdulillah and kami berempat pun berpisah.
End of #vogayvacay. Alhamdulillah Allah banyakkk tolong.
Summary kos perjalanan 4 hari:
Penginapan = RM82
Transport = Flight + ERL + rapid + hophopbus + train penang hill = RM70.30
*tak disarankan sewa kereta sbb ssh parking*
Makanan = rm76.75
*Jangan order air manis. Air manis kat KL pun ada. Kami masing bawak air sendiri dr hotel. Focus spend duit kat makanan sahaja :p*
Escape penang dan locker = rm65
Souvenir = rm10
GRAND TOTAL = RM304.05 per person
Kiranya kami spend semasa di penang around RM125 sahaja. Yg selebihnya duit hotel, flight tickets dan escape penang dah bayar awal sblm sampai penang.
aku pernah travel lagi kurang duit keluar drpd ni, tapi bawak mknn sendiri. mkn roti ngn serunding je time kat bangkok. haha. tp yang penang ni mmg tujuan food hunting so mmg itu budget kami.
aku pernah travel lagi kurang duit keluar drpd ni, tapi bawak mknn sendiri. mkn roti ngn serunding je time kat bangkok. haha. tp yang penang ni mmg tujuan food hunting so mmg itu budget kami.
Great experience even hanya kat Malaysia.
Bila kat Georgetown kau akan rasa mcm ada kat Vietnam sbb sokmo jumpa Chinese. Haha.
Pss: anjing is everywhere!
Bila kat Georgetown kau akan rasa mcm ada kat Vietnam sbb sokmo jumpa Chinese. Haha.
Pss: anjing is everywhere!
Penang mmg satu tempat best utk backpacker sbb tak perlu travel jauh jauh utk ke each attraction.
satu lagi nak cakap sepanjang kitorang kat penang, org penang semua baik baik bila tanya tempat tanya soalan. ada few je yg sgt minority yg kureng. mostly semua baik baik. aku terfikir kalau aku ditempat mereka, aku akan layan tourist sebaik itu ke tak. aku akan tetap senyum ke tak.
then bila travel in group kau akan dapati kelainan antara individu. ada yg suka lasak, ada yg tak boleh lasak. ada yg tak boleh angkat beg berat2. ada yg taknak kene hujan. ada yg kuat marah. ada sgt systematic. time tu reflect diri balik, tanya diri sendiri, are u the best travel partner utk org lain?
Actually, utk mengenali sesorang dgn lebih mendalam dan jujur, travel dan tidur bersama dia, and you know real perangai sahabat kita tu. And travel partner kali ni kawan2 since kat sekolah menengah. we already know each other sbb 5 tahun satu asrama. but still byk benda kami refresh balek, oh kawan kau ceni, jgn buat ceni ceni. even spnjg tu byk gadoh2 :p
satu lagi nak cakap sepanjang kitorang kat penang, org penang semua baik baik bila tanya tempat tanya soalan. ada few je yg sgt minority yg kureng. mostly semua baik baik. aku terfikir kalau aku ditempat mereka, aku akan layan tourist sebaik itu ke tak. aku akan tetap senyum ke tak.
then bila travel in group kau akan dapati kelainan antara individu. ada yg suka lasak, ada yg tak boleh lasak. ada yg tak boleh angkat beg berat2. ada yg taknak kene hujan. ada yg kuat marah. ada sgt systematic. time tu reflect diri balik, tanya diri sendiri, are u the best travel partner utk org lain?
Actually, utk mengenali sesorang dgn lebih mendalam dan jujur, travel dan tidur bersama dia, and you know real perangai sahabat kita tu. And travel partner kali ni kawan2 since kat sekolah menengah. we already know each other sbb 5 tahun satu asrama. but still byk benda kami refresh balek, oh kawan kau ceni, jgn buat ceni ceni. even spnjg tu byk gadoh2 :p
thank you girlfrengsss :*
*bagi sesiapa yg mengenali, full video ada dalam FB saya.*
*bagi sesiapa yg mengenali, full video ada dalam FB saya.*
InsyaAllah, moga Allah izin utk travel lagi (:
---------------------------
LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, IMPROVE HEALTH?
WELLNESS COACH SAKINAH 013 314 8138
WELLNESS COACH SAKINAH 013 314 8138
2 comments:
Power !
Terbaik geng backpacker hijabista !
شركة كشف تسربات المياه بالظهران
شركة تنظيف مجالس بالجبيل
Post a Comment