Dah agak lama tak tulis any entry, sebab setiap kali ada
masa kosong, tetiba takde idea nak menulis. Bila sibuk tu lah berderu idea nak
datang bagai air sungai selepas hujan lebat. Ecey.
And it always be like that, sebab bila busy dengan perkara
berfaedah tulah value diri kita tinggi, lepas tu sel sel otak berhubung dengan
baik hahah. I mean banyak benda kita nak share. And dalam kepala aku sekarang
mmg banyak benda nak ditulis but kadang ada benda yg personal so aku avoid from
showing it to public, I keep my thought in my journal(buku personal) whenever I
feel I want to write.
Luahan kita biar
Allah yang tahu, kalau setiap saat nk post kat FB pon tak bagus (macam tak
matured wehh hewhew) kadang kita spread negativity, tak bagoskan. Kadang kita
cuba nak menasihati but it might hurt others so pon macam tak baik. Tapi
purpose kita dalam hidup ni bukan sebab atas judgement manusia sampai setiap
benda kita nak buat perlu fikir “apa org kata..” “eh nnt org pandang cane
pulak..” bukan. Just fikir sebelum berkata dan menulis tu, aku buat ni bg
benefit (at least benefit buat org senyum pon okey) dan menaikkan iman ke? Ha centu.
InsyaAllah nasihat utk diri sendiri yg suka menulis. Sebab nature aku mmg suka
menulis bukan bercakap :D
Okey itu muqaddimah. #typicalsakinah kahkah.
Last week pergi talk tajuk PEARLS OF LUQMAN THE WISDOM by DR
IBRAHIM NUHU kat UIA. Aku rasa last sekali aku belajar tafsir surah luqman ni
time skolah, so time mula aku datang tu rasa mcm okey nak refresh balek apa
yang dah tahu. But, it end up banyak ilmu baru ! betullah, semakin kita belajar
semakin kita rasa kita banyak tak tahu.
وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ (١٢) وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ (١٣)
12. [1]Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu, "Bersyukurlah kepada Allah[2]! Dan barang siapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri[3]; dan barang siapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Mahakaya lagi Maha Terpuji[4].”
13. [5]Dan (ingatlah) ketika Luqman[6] berkata kepada anaknya[7], ketika dia memberi pelajaran kepadanya, "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”
وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ (١٤) وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (١٥)
14. [8]Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. [9]Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah[10], dan menyapihnya dalam usia dua tahun[11]. Bersyukurlah kepada-Ku[12] dan kepada kedua orang tuamu[13]. Hanya kepada Aku kembalimu[14].
15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya[15], dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku[16]. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu[17], maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan[18].
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِنْ تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الأرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ (١٦) يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الأمُورِ (١٧) وَلا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (١٨)وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الأصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ (١٩)
16. (Luqman berkata), "Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi[19], dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, niscaya Allah akan memberinya balasan[20]. Sesungguhnya Allah Mahahalus lagi Mahateliti[21].
17. Wahai anakku! Laksanakanlah shalat[22] dan suruhlah (manusia) berbuat yang ma’ruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar[23] dan [24]bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting[25].
18. Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (karena sombong)[26] dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh[27]. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong[28] dan membanggakan diri[29].
19. Dan sederhanakanlah dalam berjalan[30] dan lunakkanlah suaramu[31]. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai[32].
Focus on ayat 12-19. Lessons dia banyak, tapi utk 1 jam stgh
tu dapat 4 lessons je, je? Okey tak ‘je’. 4 lessons yg penuh dengan makna.
Dalam entry ni aku nak highlight 3 of it insyaAllah.
1)
Tauhid & aqidah come first. Do not syirik to
Allah. Utk aqidah dan tauhid yang lengkap mesti wajibbb merangkumi TAUHID
RUBUBIYAH, ULUHIYAH, ASMA WASSIFAT.
Huraian Dr Ibrahim agak panjang tp aku tak
reti nak hurai balek heheh. But ada satu benda aku tertarik,
- Sahabat2 rasulullah ada yang amek masa
belajar 4 tahun utk learn about surah albaqarah. And they didn’t proceed next
surah. Too busy mendalami satu surah tu. Kenapa ambil masa lama sangat? Sebab
mereka nak betul betul FAHAM dan PUT THINGS INTO ACTION then tambah ilmu baru.
masyaAllah sebab tu mereka hebat sangat, they put everything into action. ilmu dan amal pendek cerita.
This
reflect sepanjang bape belas tahun kita belajar, kita put things into action ke
dak? Kalau dalam cerita sahabat ni, mereka betul2 belajar maksud disebalik
ayat, disebalik perkataan, disebalik nama nama Allah dalam Quran.
2) Command parents.
Part ni tetiba ada orang habuk masuk mata.
Sobs.
Wahnan ‘ala wahnin.
Sedih T_T
Dah baca dan lalu dekat ayat ni beratus kali pon tapi
kali ni mmg rasa mcm makin memahami. Mungkin naluri keibuan aku semakin kuat?
Ecey, okey tak. Rasanya sebab in Herbalife aku ramai kawan young mothers. I can
see and feel their pain. Mmg wahnan ala wahnin. Im the youngest in family so
tak pernah tengok mak susah mcm mana lahirkan anak. But at very young age Allah
bg pluang kawan dengan mak mak orang haha. They still below 25 years old by the
way.
Wahnan 'ala wahnin, kesakitan atas
kesakitan, weakness over weakness. How much your mother suffer, she’s cry a
lot. A lot! 9 months. Paling pendek 6 months as stated in Quran. Ada yang 6
bulan tak boleh makan pape. Makan then muntah, makan and muntah lagi. Omg im
crying now. Terbayang one of my friend. Bayangkan dalam 6 bulan yg tough tu tak
boleh nk kerja berat berat, tak boleh nak lasak sangat, tak boleh nk drive.
Terpaksa perap kat rumah. Mmg la ada husband tp still the pain is soooo. Okey
sedih. Ni belum masuk part nak terberanak tu. Contraction yg separuh mati, then
bila selesai, kau tahu apa soalan yang keluar dr mulut seorang ibu? “anak saya
mcm mana?” dia bergadai nyawa untuk kita dan kita org pertama dalam hati dia.
masyaAllah. Pastu belum cerita pasal tantrum degil dan sebagainnya. Sampai esok
pon mungkin tak habis tulis.
Kita tak akan mampu membalas jasa mereka walau hanya senafas seorang ibu ketika bersalin, mmg tak mampu dibalas dengan apa kebaikan yg kita buat. betapa besarnya pngorbanan parents fehh.
Dr Ibrahim ada kata, you and them is always
YES.
Aku ada sedikit tak puas hati pasal ni mula
mula. Sbb kadang parents buat decision tu sbb dia tak faham keadaan kita so
kita terpaksalah langgar dengan menganggap mereka tak faham and kita lebih
paham situation. And Dr Ibrahim elaborate dengan cukup lengkap buatkan aku tune
balek apa yg aku fikir selama ni.
We CANNOT say no to what ever they say
selagi tak melanggar hukum agama. Kalau langgar hukum agama, tak boleh ikut perintah mereka tu tp
kene still hormat.
Parents are the one yg takde irihati dendam
or anything dekat anak. Mereka tak akan ambil kesempatan pada anak anak mereka. insyaAllah ada keberkatan kalau ikut. So apa yg mereka cakap kene ikut but it does not mean mereka takde toleransi
dgn kita. *time ni mcm aku bukak mata sikit* if kita tak setuju, yes, kita boleh tak
setuju dengan mereka but don’t say directly.
Contoh parents bg satu perintah,
dan kita tak stuju :
“okey jugak cdgn ayah/papa/daddy tu, kalau
kita buat mcm ni pulak ayah rasa mcm mana?”
“mama I want you to give a name on my baby,
but how about “aisyah” it’s a good name right?”
paham tak taktik dia haha. Dia
mendahulukan parents but still we can give our opinion but follow parents punya
decisions.
Kesimpulannya ayat kene betul and kene
pandai communicate in a right way. And hati manusia tu Allah yang pegang, if
kita rasa satu benda yg mereka larang tu baik utk kita, doa kat Allah bg lembut
hati kedua orang tua kita insyaAllah.
Actually it works both ways, role as
parent, role as anak.
Last 2 month aku pergi Muslim DNA ada
belajar role as parents yg sgt sgt penting aku rasa. Tak mampu nk tulis kat
sini nnt try lah attend parenting punya talk, mind blowing wo even tak kawen
pon dah boleh feel. So bila dua ni lengkap insyaALLAH lahirnya institusi
keluargaan yg harmoni dan justeru masyarakat yg cemerlang gemilang terbilang
lol.
3)
Be with the people who devoted to Allah.
-choose good friends
-stay away from evil friend
-be very selective in choosing friend.
Macam typical punya point kan atas ni?
Tapiiiii it is very important. SANGAT PENTING.
At one point in our life kita akan bergaul
lebih dengan kawan berbanding keluarga, I can say selepas umur 12 tahun kot
kan?
Perasan tak kadang nampak seorang kawan
kita tu tetiba berubah sama ada from good to bad or bad to good. Cuba kita
tengok siapa kawan dorang. Selalunyalah mmg takkan jadi makin bad tetiba. dia mesti
sebab environment jugak. Okey, ye, mmg apa apa pon depend on diri sendiri tp nak jadi baik or jahat secara consistant tu mesti sebab environment (dengan siapa kita
bergaul)
Okey tadi tengok orang lain kan? Ish3. Skrg
cuba tengok diri sendiri dengan siapa kita bergaul apa perangai kita.
Aku pon bukan baik sangat utk menilai
orang, aku sendiri ada ups and downnn. Kawan kawan pon come and go. Yang stick
is the real friend. Bukan sebab kita pilih or org tu pilih kita, tp Allah
sendiri yg letakkan org tu sesuai utk setia bersama.
Kadang perasaan tak makin lama makin lonely
haha. Eh mana kawan semua? Allah put them away so that its only you and Him (‘:
Ada seorang sister ni tanya, “habis tu
macam mana nk berdakwah kalau kita hanya kawan dengan org yg baik? Bukan ke
kita perlu rapatkan diri dengan semua so that dakwah kita lebih dekat?”
Dr Ibrahim kata, kita boleh kawan dengan
semua orang. But yang in our kelompok, or org yg kita rasa akan lalu jalan kat
dunia ni sesame dengan kita, orang yg kita salu keluar bersama, or share
stories ke apa ke tu mmg betul2 kene pilih. Yg kawan biasa ni takpe sebab
setiap orang islam tu pon bersaudara. Show a good manners to everyone. Bukan
utk sombong dengan org lain yg kita tak rapat.
Thats all 3 main points yg aku nk highlight.
Semua nasihat untuk diri sendiri jugak :)
Wallahu’alam.
FAT TO FIT, FIT TO FITTEST / HEALTHY BREAKFAST / EARN EXTRA INCOME?
ASK ME HOW 013 314 8138 :)
2 comments:
Alhamdulillah, ilmu yang bermanfaat dan jika kita panjangkan ilmu itu akan lebih bermanfaat lagi...terima kasih dik...
alhamdulillah, thank you berkongsi! :) insyAllah kita pun kena la jadi orang2 yg devoted to Allah tu kan, so that other friends can be with us too :)
hanisamanina.com
Post a Comment